UCAPAN ALUAN

,

SEKAPUR SIREH DARI PENGERUSI JKKK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah dan
seterusnya kepada JKKK Bukit Nenasi atas kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan untuk saya memimpin masyarakat kampung Bukit Nenasi ke arah merealisasikan tranformasi yang dibawa oleh kerajaan. Saya berharap matlamat dan harapan kerajaan  akan tercapai dan tidak mustahil sekiranya kita sama sama berusaha dan berkerja keras tanpa mengharap imbuhan dan pujian, yang penting kita sama sama mendapat manafaat dan faedah maka berbaloilah dengan belanja yang besar yang disalurkan oleh kerajaan untuk rakyat.

Dan saya juga merasa bangga ini kerana JKKK Kg Bukuit Nenasi dapat menerbitkan laman blog sendiri yang mana ianya juga akan menjadi salah satu saluran komunikasi masyarakat dengan kerajaan dalam mengetahui maklumat maklumat yang tepat dari semasa ke semasa. Jadi marilah kita sama sama bersatu hati dan bersatu tenaga dalam membangunkan kampong kita ini kearah yang Cemerlang,Gemilang dan Terbilang.
Sebelum mengundur diri, saya amat berharap agar masyarakat faham dan ambil tahu bahawa kerajaan hari ini amat perihatin terhadap kepentingan rakyat.
Sekian Terima Kasih, Wassalam.

BUKIT NENASI SEIRING MENJANA WAWASAN 2020

Hormat dari saya 
                                                                                    Deraman Bin Mohd                                         Pengerusi   JKKK Bukit Nenasi                                Batu Rakit Kuala Terengganu

                                                                                                  
 

KG BUKIT NENASI SEIRING MENJANA PEMBANGUNAN WAWASAN 2020 Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates