- Perjalanan memakan masa 22 minit dari Kg Bukit Nenasi ke Pusat Bandar.
- Bukit Nenasi terdapat satu tempat perkelahan yang begitu menarik di namakan PANCUR SEBATU.
- Sebuah perkampungan Tradisional Melayu sesuai dengan " Negeri Cantik, Perkampongan Menarik,
Orangnya baik-baik".
- Jalanraya dari Kg ini menghubungkan Besut dan Kota Bharu melalui jalan pantai sesuai pada anda yang
suka melancong dalam menyelami keindahan alam.
Sebarang Pertanyaan emailkan ke :-
bukitnenasi@gmail.com
SEJARAH KAMPUNG
Kampung Bukit Nenasi mendapat nama daripada sejenis pokok iaitu pokok nenasi. Sebelum tahun 1940-an, Kampung Bukit Nenasi adalah hutan iaitu tiada penempatan penduduk, namun begitu kawasan ini menjadi laluan utama penduduk sekitar seperti Kampung Bukit Wan, Lingai dan Kampung Terap Lama untuk ke Pantai Batu Rakit dan Kedai Tepoh untuk membawa barang-barang tukaran seperti buah-buahan, ubi kayu dan hasil-hasil hutan seperti buah keranji, buah kemunting, rotan dan damar untuk ditukarkan dengan barang-barang keperluan seperti budu, ikan masin dan sebagainya. Jalan pada masa itu hanyalah lorong berjalan kaki sahaja. Sebahagian besar penduduk asal Kampung Bukit Nenasi berasal dari Kampung Terap Lama. Kampung Bukit Nenasi pada asalnya merupakan tempat mereka bercucuk tanam sahaja. Orang pertama yang membuka penempatan disini ialah gemulah Ismail Yaakob atau lebih dikenali sebagai Pokteh We. Beliau seorang bomoh dan pengamal perubatan tradisional yang disegani. Pada peringkat awal dia membuka penempatan di sini, beliau mendirikan sebuah wakaf di bawah pokok nenasi dan wakaf itu menjadi sebutan sehingga mendapat nama Wakaf Nenasi iaitu nama asal Kampung Bukit Nenasi dan nama Wakaf Nenasi bertukar kepada Bukit Nenasi selepas tahun 1960-an dan kekal hingga sekarang.
KETERANGAN LOGO
KETERANGAN LOGO
Logo Kampung Bukit Nenasi berkonsepkan fakta sejarah asal Kampung Bukit Nenasi iaitu Wakaf Nenasi, Ia adalah gabungan daripada empat simbol iaitu pokok, wakaf, perigi, dan bukit. Logo ini juga terdiri daripada gabungan empat warna iaitu biru, merah, kuning dan hijau.
SIMBOL
1.
1) POKOK
- simbol pokok melambangkan pokok nenasi yang tumbuh meliar di kawasan ini dan dijadikan pokok teduhan pada zaman dahulu.
- simbol pokok melambangkan pokok nenasi yang tumbuh meliar di kawasan ini dan dijadikan pokok teduhan pada zaman dahulu.
2.
2)WAKAF
- wakaf menjadi tempat persingahan utama penduduk sekitar yang melintasi kampung ini pada zaman dahulu dan wakaf ini dibina di bawah pokok nenasi
2)WAKAF
- wakaf menjadi tempat persingahan utama penduduk sekitar yang melintasi kampung ini pada zaman dahulu dan wakaf ini dibina di bawah pokok nenasi
3. 3) PERIGI
– perigi ini dibina berhampiran wakaf untuk kemudahan musafir sama ada untuk minun, mandi dan berwuduk.
– perigi ini dibina berhampiran wakaf untuk kemudahan musafir sama ada untuk minun, mandi dan berwuduk.
4. 4)BUKIT
– bentuk muka bumi kampung ini adalah berbukit-bukau
– bentuk muka bumi kampung ini adalah berbukit-bukau
WARNA
1. 1) BIRU – PERPADUAN
– Melambangkan hidup bersatu padu antara masyar setempat
– Melambangkan hidup bersatu padu antara masyar setempat
2.
2) MERAH – BERANI
– Melambangkan keberanian penduduk pada zaman dahulu ketika meneroka hutan disini untuk dijadikan kawasan penempatan.
– Melambangkan keberanian penduduk pada zaman dahulu ketika meneroka hutan disini untuk dijadikan kawasan penempatan.
3. 3) KUNING – KEDAULATAN
– Penduduk kampung sangat taat setia kepada pemerintah seperti raja atau ketua kampung.
– Penduduk kampung sangat taat setia kepada pemerintah seperti raja atau ketua kampung.
4. 4) HIJAU – AGAMA ISLAM
– Penduduk kampung semuanya beragama islam dan islam menjadi pegangan dan cara hidup masyarakat dari dulu hingga sekarang
– Penduduk kampung semuanya beragama islam dan islam menjadi pegangan dan cara hidup masyarakat dari dulu hingga sekarang